Doktor dan anak maut dalam kemalangan van kesihatan


SEORANG doktor yang perjalanan dari Kuala Krai bagi menjalankan tugas rawatan koronavirus (Covid-19) di  ke Gua Musang maut akibat kemalangan.

Insiden itu berlaku van kesihatan dinaiki mangsa, Dr Nooranisah Mohd Razali, 31, bersama anaknya yang berusia 9 bulan terbabas di Kilometer 11, Jalan Gua Musang-Kuala, Kampung Renok Baru dekat Gua Musang, pagi tadi.

Dr Nooranisah dilapor maut ditempat kejadian, manakala  anaknya, Mohammad Fitri Yusof Muhammad Hafiz Zulhilmi meninggal dunia di Hospital Gua Musang pada jam 11.02 pagi.

Selain Nooranisah, kemalangan itu turut mencederakan tujuh individu lain dalam van berkenaan.

mereka ialah Mohd Lazim Abdullah, 56; Dr Siti Salwa Mohamad Shokri; 38, Syahirah Muhamad Razali, 20; Dr Norazma Mohamad, 34; Dr Linda Laili Ibrahim Shukri, 29; Dr Suzuanhafizan Omar, 32 dan Dr Hazirah Sazali, 33.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd Taufik Maidin mengesahkan kejadian tersebut.

"Arwah Dr Nooranisah membawa anaknya kerana baru ditugaskan memberi bantuan di Hospital Gua Musang bagi satu jangka masa tertentu.

"Tujuh individu yang cedera juga bertugas di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai dan kini menerima rawatan di HGM, dan mereka dilaporkan berada dalam keadaan stabil," katanya dipetik laporan sebuah portal.

Tambah Mohd Taufik, jenazah dua beranak itu dihantar ke bilik forensik Hospital Gua Musang sebelum diserahkan kepada keluarganya.

Mohd Taufik sementara itu turut menyuarakan rasa sedih dengan kejadian yang menimpa kakitangan barisan hadapan itu.

"Saya bagi pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menzahirkan rasa sedih dan takziah atas kejadian itu," katanya. 

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah turut memaklumkan insiden itu di laman Facebooknya.

Post a Comment

0 Comments