RANTAIAN jangkitan koroanvirus (Covid-19) di China dilapor berjaya diputuskan.
South China Morning Post (SCMP) dalam laporanya berkata, buat pertama kali sejak Disember lalu, tiada kes baharu di Wilayah Hubei yang menjadi pusat penularan wabak tersebut.
Laporan itu turut menyebut, selain wilayah tesebut, tidak ada mana-mana kawasan di negara itu mencatatkan kes baharu membabitkan jangkitan dalam negara atau domestik.
Hanya 34 kes baharu dijangkiti dari luar negara telah dilaporkan.
Menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, sebanyak 70,420 daripada 80,928 individu yang positif COVID-19 dilaporkan pulih sepenuhnya.
Jumlah kematian pula mencatatkan penurunan dari hari ke hari dengan lapan kematian dicatatkan pada Khamis. Jumlah kematian terkini di China adalah sebanyak 3,245.
Walaubagaimanapun, ramai mempersoalkan ketepatan data yang dikeluarkan China yang menyebabkan kekeliruan kerana kerap menukar kriteria diagnosis.
0 Comments