SEBENTAR tadi, Abam Bocay atau nama sebenarnya Jenazah Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan selamat disemadikan di di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu di Gombak.
Ternyata berita kematian pelawak terkenal itu mengejutkan peminat, Abam sejak beberapa hari lalu dilapor kurang sihat dan mengalami demam.
Disebalik berita menyedihkan itu, sebuah laman Facebook berkongsikan beberapa keping gambar sekitar solat jenazah untuk Allahyarham semalam.
Viral Media Johor dalam muat naik itu menyifatkan kematian Abam sebagai kematian yang dicemburui.
Menurut laman facebook itu, ramai hadir untuk memberi penghormatan dan menunaikan solat buat Allahyarham sehingga kawasan Masjid Gombak Utara itu sesak dengan keluarga, sahabat dan peminat Abam.
Ternyata berita kematian pelawak terkenal itu mengejutkan peminat, Abam sejak beberapa hari lalu dilapor kurang sihat dan mengalami demam.
Disebalik berita menyedihkan itu, sebuah laman Facebook berkongsikan beberapa keping gambar sekitar solat jenazah untuk Allahyarham semalam.
![]() |
Ruang solat dalam masjid dipenuhi jemaah |
Menurut laman facebook itu, ramai hadir untuk memberi penghormatan dan menunaikan solat buat Allahyarham sehingga kawasan Masjid Gombak Utara itu sesak dengan keluarga, sahabat dan peminat Abam.
"Penuh masjid seumpama solat jumaat, untuk tunaikan solat jenazah buat allahyarham Syed Umar Mokhtar (Abam Bocey).
"Terlalu ramai yang hadir untuk penghormatan yang terakhir. Masjid menjadi penuh, Tanah Pusara dah ditunggu oleh orang ramai untuk disambut ke sini. Kebaikan arwahyarham yang terlalu banyak untuk diingati.
"Ramai yang merasai kehilangan," tulis status Facebook itu.
Abam yang menjadi tonggak keluarga disifatkan sebagai seorang yang tidak berkira dengan keluarga, selain sentiasa Sentiasa menjaga kebajikan ibunya dan menyantuni ibunya. Sabariah Arshad, 63, bak permaisuri.
Kebaikan Abam diakui sendiri Sabaria. katanya kehilangan Abam sangat terkesan dan dirasai kerana anaknya itu seorang yang baik dan sangat menghormati orang tua.
“Dia selalu ingatkan saya untuk makan ubat, kalau saya sakit dia yang akan susah hati. Abam memang anak yang baik, memang tak boleh lawan kebaikan dia, Ya Allah dia sangat baik.
"Sebagai ibu, apa pilihan saya ada selain reda dan mendoakan yang baik-baik untuk arwah anak saya,” katanya.
Sebagai rekod, Abam yang bergabung dengan Achey dan Fad dalam kumpulan Bocey merupakan satu-satunya kumpulan yang menjuarai juara maharaja lawak dua musim berturut-turut iaitu pada 2016 dan 2017.
Disebalik keceriaanya diatas pentas, tidak ramai mengetahui, Abam yang pernah menempuh kesusahan hidup tidak pernah lupa diri.
Allahyarham ada membelikan sebuah kereta untuk kegunaan ibunya hasil wang kemenangan menyertai pertandingan.
Baca Lagi:
- Abam Bocey selamat bersemadi
- Selamat tinggal Abam Bocey
"Terlalu ramai yang hadir untuk penghormatan yang terakhir. Masjid menjadi penuh, Tanah Pusara dah ditunggu oleh orang ramai untuk disambut ke sini. Kebaikan arwahyarham yang terlalu banyak untuk diingati.
"Ramai yang merasai kehilangan," tulis status Facebook itu.
![]() |
Ruangan solat di luar turut penuh |
Kebaikan Abam diakui sendiri Sabaria. katanya kehilangan Abam sangat terkesan dan dirasai kerana anaknya itu seorang yang baik dan sangat menghormati orang tua.
“Dia selalu ingatkan saya untuk makan ubat, kalau saya sakit dia yang akan susah hati. Abam memang anak yang baik, memang tak boleh lawan kebaikan dia, Ya Allah dia sangat baik.
"Sebagai ibu, apa pilihan saya ada selain reda dan mendoakan yang baik-baik untuk arwah anak saya,” katanya.
![]() |
Suasana luar Masjid Gombak Utara |

0 Comments