PELUMBA Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah kini sudah memperoleh sekurang-kurangnya 60 peratus penajaan, bagi mengharungi Kejohanan Motosikal Dunia musim ini.
Bekas pelumba MotoGP untuk dua musim itu menerima suntikan penajaan baharu selepas menandatangani perjanjian penajaan bersama syarikat korporat, UMW Grantt International Sdn Bhd, bagi mengharungi musim ini bersama pasukan Angel Nieto.
Bagaimanapun UMW Grantt International Sdn Bhd tidak mendedahkan nilai sebenar jumlah penajaan, yang disalurkan kepada Hafizh Syahrin.
"Saya akan buat yang terbaik untuk musim ini dan dengan kehadiran penaja, ia sedikit sebanyak beri suntikan semangat kepada saya, untuk pamerkan aksi lebih baik demi negara.
"Saya tidak boleh janjikan kemenangan di setiap perlumbaan, tapi sudah pasti akan buat yang terbaik dan beri saingan yang lebih sengit kepada pelumba lain, dalam setiap perlumbaan nanti," kata Hafizh.
Pasukan Angel Nieto dilaporkan hanya bersetuju membantu Hafizh Syahrin untuk mendapatkan tempat dalam perlumbaan Moto2 sahaja, dan pelumba itu perlu mendapatkan penaja utama bagi menampung beberapa keperluan lain termasuk gaji, tiket penerbangan, hotel dan kos latihan pengangkutan.
tu, Presiden Pembuatan dan Kejuruteraan UMW Datuk Abdul Rashid Musa berharap, dengan kolaborasi bersama Hafizh Syahrin, jenama minyak Grantt akan lebih dikenali di persada dunia.
"Rasional pemberian bantuan kepada Hafizh Syahrin adalah kerana beliau merupakan ikon permotoran negara. Beliau juga memberikan inspirasi kepada belia untuk menceburi bidang permotoran," katanya.
0 Comments