Dua penumpang Diamond Princess maut


DUA penumpang Diamond Princess yang dijangkiti koronavirus meninggal dunia, manakala 29 lagi dalam keadaan serius.

Stesen penyiaran awam NHK dalamn laporan pada Khamis berkata, penumpang yang meninggal dunia itu ialah lelaki Jepun berusia 87 tahun dan wanita Jepun berusia 84 tahun.

Terdahulu, Jepun menghalang membawa kira-kira 3,700 penumpang kapal persiaran itu turun daripada kapal dengan penumpang diasingkan dan dilakukan pemeriksaan kesihatan.

Kementerian Kesihatan Jepun turut mengeluarkan kenyataan dalam bahasa Inggeris dan Jepun yang menyatakan semua penumpang perlu tinggal dalam kabin mereka sejak 5 Feb lalu bagi mengelakkan penularan wabak itu.

Hasil pemeriksaan baru-baru ini mendapati lebih 620 penumpang Diamond Princess dijangkiti virus berkenaan.

Bagaimanapun, kumpulan pertama penumpang yang diuji negatif Covid-19 dan tiada sebarang simptom meninggalkan kapal persiaran itu pada Rabu lalu. Kira-kira 500 penumpang mula turun di Pelabuhan Yokohama pada Khamis, manakala 100 lagi penumpang akan menaiki pesawat sewa khas untuk pulang ke tanah air mereka.

Post a Comment

0 Comments