DUA beranak terbunuh selepas motosikal ditunggangi mereka dirempuh sebuah kereta.
Dalam kejadian di Kilometer 5, Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) Batu Gajah jam 3.30 petang semalam , Moharam Sabtu,62, bersama anaknya, Nurul Akilah Moharam,15 dirempuh kenderaan pacuan empat roda.
Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, kemalangan dipercayai berlaku selepas motosikal jenis Yamaha Lagenda ditunggangi dua beranak itu menyeberang jalan.
![]() |
Keadaan kenderaan terbabit kemalangan |
"Akibat kemalangan itu, kedua-dua kenderaan terbakar dan kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.
"Manakala pemandu kereta tidak mengalami kecederaan," katanya.
Susulan itu, mayat kedua-dua beranak itu dihantar ke Hospital Jasin untuk bedah siasat.
Pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
0 Comments