Bapa kongsi detik anak tercampak keluar dari kereta


BAPA kanak-kanak yang tercampak keluar dari kereta dalam insiden membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 235.5 Lebuhraya Plus Arah Utara Isnin tampail berkongsi detik kemalangan berlaku.

K Satthiaseelan, 33, berkata, ketika kejadian dia bersama lima penumpang dalam kereta itu dalam perjalanan pulang ke Rantau dari Johor Bahru.

Dia sebelumnya memandu di lorong paling kanan sebelum cuba menukar lorong apabila diberikan isyarat lampu tinggi oleh sebuah kereta yang dipercayai jadi punca kemalangan itu.

"Pada mulanya saya memandu di lorong paling kanan tetapi sebuah kereta dari belakang memberi isyarat lampu tinggi dan saya kemudian cuba menukar laluan ke tengah. Belum sempat masuk ke laluan itu, kereta saya dirempuh.

"Akibatnya kenderaan saya hilang kawalan lalu melanggar besi pembahagi jalan sebelum menyedari anak lelaki saya tercampak keluar," katanya dipetik.

Tambah Satthiaseelan, anak kedua daripada lima beradik itu berada di pangkuan isterinya di tempat duduk penumpang bahagian depan, namun tercampak keluar di tengah jalansusulan rempuhan itu.

Sebelumnya, Exco Kebajikan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Sembilan, Nicole Tan hadir ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban bagi melakukan lawatan kepada kanak-kanak berusia dua tahun, S Tisshaanth, yang tercampak keluar dari kereta yang videonya tular di media sosial baru-baru ini.

Sementara itu, Satthiaseelan bersyukur kerana kereta di belakangnya sempat berhenti dan tidak melanggar anaknya.
Tisshaanth yang cedera di muka dan beberapa anggota badan kini dilaporkan stabil.

Post a Comment

0 Comments