SEBAHAGIAN struktur sebuah kondominium yang masih dalam pembinaan di Taman Desa Coalition, berhampiran Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, runtuh sebentar tadi.
Setakat ini empat mangsa dikesan terperangkap dalam runtuhan itu, dan seorang daripadanya berjaya dikeluarkan dan dihantar ke hospital untuk rawatan, menurut Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur.
Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur mengesahkan kejadian tersebut.
“Memang ada runtuhan yang berlaku. Setakat ini ada 2 mangsa, 1 terperangkap dan 1 lagi sudah dapat diselamatkan,” katanya.
Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira 3 petang tadi. punca sebenar kejadian belum diketahui
Sementara itu, sehingga kini dipastikan sama ada insiden itu melibatkan kematian.
Sebelum ini tular satu rakaman video berdurasi satu minit sembilan saat di media sosial menunjukkan sebahagian bangunan runtuh.
Sebelum ini tular satu rakaman video berdurasi satu minit sembilan saat di media sosial menunjukkan sebahagian bangunan runtuh.
0 Comments