SETELAH beberapa ketika dilihat bersama kem Mohammad Azmin Ali, Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin hari ini tampil dengan kenyataan mengejutkan.
Melalui laman sosial Facebook, beliau tampil menafikan beliau keluar parti untuk menyertai kumpulan bekas timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu.
Tegasnya, beliau masih anggota KEADILAN dan akan menjelaskan perkara itu kepada jawatankuasa pusat parti itu petang ini.
"Untuk rekod, saya masih dalam KEADILAN. Saya juga menafikan memberi persetujuan meninggalkan KEADILAN.
![]() |
Status dimuat naik di laman Facebook |
Kelmarin, Jonathan dilihat bersama 10 bekas anggota parti itu di Hotel Sofitel, Kuala Lumpur - tempat kem Azmin berkumpul untuk bergambar “selamat tinggal” bersama mereka.
Pemimpin lain dalam kes itu ialah Zuraida Kamaruddin (Ampang), Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Baru Bian (Selangau), Kamaruddin Jaafar (Bandar Tun Razak), Mansor Othman (Nibong Tebal), Rashid Hasnon (Batu Pahat), Edmund Santhara (Segamat), Ali Biju (Saratok) dan Willie Mongin (Puncak Borneo).
Media sebelum ini melapor desas-desus yang mendakwa beberapa pemimpin terbabit mahu menyertai Bersatu, manakala ada diantara mereka di Sarawak turut didakwa mahu menubuhkan parti baharu.
0 Comments