Adun dakwa cuba dipujuk tinggalkan HARAPAN


SEORANG Adun Pakatan Harapan (HARAPAN) di Johor mendakwa, beliau cuba ditarik agar meninggalkan partinya bagi menyertai kerajaan baru melibatkan Umno dan PAS.

Memetik laporan Malaysiakini, Adun tersebut yang enggan dikenali berkata, beliau dihubungi oleh seseorang yang memujuknya agar menandatangani akuan bersumpah untuk menyokong pembentukan gabungan baru, dikenali sebagai Perikatan Nasional.

Kata Adun itu lagi, gabungan itu Perikatan Nasional itu melibatkan pembangkang (Umno dan PAS) serta sebahagian pemimpin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Individu terbabit juga mendakwa ada Adun Amanah bersedia meninggalkan parti tersebut," katanya menurut laporan tersebut.

Adun itu berkata, beliau diyakinkan agar meninggalkan HARAPAN untuk menyertai gabungan politik baharu itu kerana kononnya jika tidak berbuat begitu, Adun HARAPAN akan kalah di kerusi masing-masing pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. 

Sebagai rekod, gabungan pembangkang disertai Umno, PAS dan beberapa parti pembangkang lain menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri interim, Tun Dr Mahathir Mohammad. Mereka menggesa pilihan raya diadakan.

Manakalan, Dr Mahathir dilapor sebagai tidak berminat menjalin kerjasama secara en bloc bersama Umno.

Post a Comment

0 Comments