APLIKASI pesanan mesej paling dikenali, WhatsApp tidak akan berfungsi bagi beberapa jenis telefon pintar mulai tahun ini, lapor news.com.au
WhatsApp dalam satu kenyataan berkata aplikasi itu tidak dapat digunakan di peranti yang menggunakan sistem pengoperasian Windows kerana sistem itu tidak lagi akan berfungsi.
Difahamkan juga beberapa telefon pintar Android dan iPhone yang menggunakan sistem pengoperasian lama turut tidak lagi boleh menggunakan aplikasi itu.
Ia antaranya peranti Android yang menggunakan versi sebelum 2.3.3 yang turut dikenali sebagaai Gingerbread serta pengguna iPhone iOS 8 dan sistem operasi lama.
Difahamkan, ppemberhentian operasi sokongan Whatsapp kepada peranti lama yang menggunakan versi sistem operasi terdahulu adalah berpunca daripada risiko keselamatan.
Kenyataan WhatsApp ini menyusul selepas Microsoft membuat pengumuman menamatkan sokongannya untuk perisian telefon Windows berikutan kurang sambutan di pasaran dan pemaju aplikasi.
0 Comments