SEBUAH Pesawat Malaysia Airlines (MAS) dari Beijing, China dilapor terpaksa berpatah balik selepas empat jam berlepas dari Lapangan Terbang Daxing semalam.
Difahamkan, pesawat dengan kod penerbangan MH319 itu terpaksa berbuat demikian setelah dikesan mengalamai masalah teknikal.
Memetik laporan Awani, Syarikat penerbangan MAS yang mengesahkan perkara itu dan turut menyatakan rasa kesal dengan kesulitan yang terpaksa dihadapi penumpang berhubung insiden itu.
Kata MAS, pesawat itu pada awalnya dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Daxing, Beijing pada jam 9.30 pagi dan dijangka tiba di Kuala Lumpur jam 4.00 petang semalam.
Bagaimanapun, berpatah balik dan berjaya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Daxing, Beijing pada pukul 1.24 petang.
Terdahulu pada 30 Disember, sebuah pesawat milik syarikat penerbangan AirAsia yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAB Langkawi) turut berpatah balik ke landasan selepas tiga minit berada di udara.
Difahamkan, pesawat itu turut berdepan masalah mekanikal dan tindakan itu dilakukan bagi keselamatan 156 penumpang dan anak kapalnya.
0 Comments