PEGUAM Negara Tommy Thomas memutuskan bahawa tiada pertuduhan akan dibuat dalam kes video seks songsang yang dikaitkan dengan seorang menteri sebelum ini.
Melalui satu kenyataan media, Tommy berkata keputusan itu dibuat kerana 'kegagalan' pakar forensik Amerika Syarikat (AS) mengenal pasti individu dalam video berkenaan. walaupun video tersebut disahkan tulen.
Tambah Peguam Negara itu lagi, keputusan itu juga dibaut kerana resolusi rakaman video itu rendah.
"CyberSecurity Malaysia telah membuat kesimpulan walau pun video-video tersebut tulen, pengecaman wajah tidak dapat dipastikan kerana resolusi rakaman video yang rendah.
"Disebabkan dapatan tidak konklusif tersebut, PDRM telah hantar untuk dianalisis secara bebas oleh pakar forensik di AS. PDRM menerima keputusan analisis pada bulan Disember 2019.
![]() |
Sebahagian komen warganet |
Terdahulu, beberapa siri video seks songsang ditularkan. Bekas ketua AMK Santubong mengakui dia merupakan seorang individu dalam video tersebut.
Haziq turut mendakwa individu yang mengadakan hubungan seks denganya adalah menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamad Azmin Ali.
Sementara itu tinjuan di laman Facebook Malaysiakini mendapati rata-rata rakyat mempersoal kenyataan Tommy.
"Haha.. Lawak mega.. Pelaku pun dah ngaku.. Masih tak lekat kes lagi.
"Dekat terengganu, budak perempuan buat superman atas motor pakai helmet lagi tak nampak muka pun dapat cari dan dakwa," kata AreMae Pksu Kamel.
Sementara itu, Faizin Shamsuddin berkata "Selama ni penjenayah dalam CCTV kabur pun boleh ja polis tangkap. Ini pulak nampak muka tapi resolusi rendah.
"Dah agak dah.. budak kecik pun tahu sapa dalam video tu.. hanya pakar-pakar je tak tau," kata Gautham Raj Rudreshwaran Rudra