KUMPULAN Puteh dinobatkan sebagai juara program Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM2019) malam tadi.
Kemenangan itu sekaligus melayakan kumpulan dianggotai Ali, Mamak dan Man itu membawa pulang pulang hadiah wang tunai RM500,000 berserta trofi.
Dengan tema bebas dan muzikal, kumpulan Puteh yang dianggotai Ali, Mamak dan Man menampilkan dua persembahan bertenaga dan menerima pujian daripada juri.
Bukan sekadar itu, kumpulan Puteh turut mendominasi persembahan malam tadi apabila memenangi anugerah OPPO Punchline Machine selepas menjadi peserta yang meraih undian paling tinggi.
Puteh turut dianugerahkan Flamitoz Kumpulan Paling Syok! yang membawa pulang wang tunai RM1,000 dan produk Adabi bernilai RM500.
Naib juara pula dimenangi kumpulan Zero dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM250,000 berserta trofi.
Sementara itu, kumpulan Bocey pula berjaya mendapat tempat ketiga yang membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000 berserta trofi.
Kumpulan J-Born dan Rare pula sekadar berpuas hati mendapat tempat keempat dan kelima, mereka sekadar membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi manakala Rare pula membawa pulang wang tunai RM15,000 berserta trofi.
Persembahan kesemua peserta diadili oleh empat juri tetap yang terdiri daripada Datuk Jamal Abdillah, Lisa Surihani, Inul Daratista dan Najib Ali, yang mewakili 70% pemarkahan. Manakala 30% lagi markah merupakan undian daripada penonton menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).
0 Comments