MONUMEN batu gerbang semulajadi yang popular di Puerto Rico runtuh dalam kejadian gempa bumi yang melanda kepulauan itu baru-baru ini.
Dikenali sebagai Punta Ventana, batu gerbang itu terhasil dari hakisan ombak, ia sangat popular di kalangan pelancong.
Mercu tumpuan pelancong di Guaynanilla itu dikesan hilang pada hari Isnin selepas gempa bumi melanda kawasan tersebut.
![]() |
Punta Ventana runtuh susulan gempa |
Beberapa beberapa bangunan dilapor mengalami kerosakan, tanah runtuh dan gangguan bekalan elektrik.
Datuk Bandar Guayanilla, Nelson Torres Yordan mengesahkan kemusnahan Punta Ventana, namun amaran tsunami tiada keluarkan.
0 Comments