Maut dibedah guna pisau elektrik


GARA-GARA tidak mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP), seorang wanita yang sedang dibedah maut disambar api.

Dalam kejadian di sebuah hospital di Romania pada 22 DIsember lalu itu, pesakit berusia 66 tahun yang mengidap barah pankreas itu terbakar 40 peratus bahagian tubuhnya.

Agensi berita AFP berkata, pakar bedah menggunakan pisau bedah elektrik walaupun mangsa sudah dirawat dengan cecair mencegah bakteria berasaskan alkohol.

Tindakan itu menyebabkan kebakaran dan pesakit ‘menyala seperti obor, kata ahli perundangan Emanuel Ungureanu di laman Facebook beliau, memetik kenyataan kakitangan perubatan di hospital Floreasca.

Di sebalik pemulihan perkhidmatan kesihatan yang semakin baik disebabkan pertambahan dana, sistem hospital di Romania masih berhadapan peralatan tidak berkualiti dan kekurangan doktor

Kementerian Kesihatan berjanji akan menyiasat kejadian malang itu.

“Pakar bedah perlu sedar penggunaan cecair pembasmi bakteria berasaskan alkohol dilarang ketika prosuder pembedahan dilakukan menggunakan pisau elektrik,” kata timbalan menteri, Horatiu Moldovan.

Keluarga mangsa berkata, kakitangan perubatan memberitahu mereka mengenai kemalangan itu tetapi enggan memberi maklumat lanjut.
 

Post a Comment

0 Comments