PENULARAN berita palsu yang keterlaluan di laman sosial sememangnya menjengkelkan.
Ia bukan sahaja memberikan maklumat salah sehingga mengelirukan pengguna laman sosial, secara etika-nya juga ia satu tindakan tidak bermoral.
Kebelakangan ini, rakyat mulai bosan, mereka mengkritik tindakan mana-mana individu yang menularkan berita tidak tepat. penyebaran berita palsu atau tidak disahkan sumbernya kini dianggap sebagai sesuatu yang memualkan.
Tidak terkecuali menerima kritikan adalah Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).
Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Abd Jamil dikecam warga maya selepas berkongsikan berita palsu berkaitan koronavirus di media sosial.
![]() |
Status dikongsikan Zed Zaidi dikecam |
Memetik laporan Malaysiakini, pelakon itu menerima kecaman bertalu-talu selepas memuat naik hantaran tersebut di akaun Facebook dan Twitternya sejak Isnin.
Dia turut disindir warga maya yang menyifatkan tindakannya menyebar berita yang tidak disahkan itu sebagai bodoh.
Seorang pelayar media sosial turut menjelaskan "berita" seperti dikongsikan Zed Zaidi boleh dibuat sesiapa saja melalui laman breakyourownnews.com.
"Senang saja nak buat berita tergempar, pergi website breakyourownnews.com dan masukkan tajuk dengan kapsyen di bawah tajuk, muat naik gambar, selesai. Boleh muat turun gambar yang sudah siap," kata pengguna akaun @muadzzz.
![]() |
Natizen membuat contoh berita palsu |
Menyifatkan mereka sebagai "pakar separuh masak", Abdul Hamid berkata golongan terbabit giat mengeluarkan pendapat yang dikutip dari tempat lain dan ia tidak disahkan.
Susulan tindakan menyebarkan berita tidak disahkan itu, beberapa pengguna media sosial tindakan diambil terhadap Zed yang juga merupakan seorang anggota Umno.
Jawapan Zed Zaidi
Sementara itu, Zed Zaidi ketika menjawab kecaman warganet terhadapnya berhubung penyebaran berita palsu berkaitan di media sosial berkata dia sebenarnya memuat naik 'berita' berkenaan bertujuan untuk memaparkan dirinya sedang memakai topeng muka yang baru dibeli.
"Apa yang saya cuba buat adalah nak link berita yang dibuat dengan gambar-gambar banyak pakai topeng muka (sebab) nak link saya pakai topeng tu," katanya dipetik laporan Malaysiakini.
Namun jawapan diberikan Zed Zaidi itu nampaknya sekali lagi membangkitkan kritikan ramai.
"Satu tindakan yg menampakkan kebodohan diri sendiri.
"Isu topeng dgn berita palsu tiada kaitan langsung. Harapan saya semoga golongan artis lain jgn ikut Tuan Presiden kerana jelas kedangkalan ilmu dan wisdom yg ada pada seorang Tuan Presiden," kata Hazally Jali.

0 Comments