BN tak ada modal, kelirukan rakyat dengan PPS - KM


ISU Pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS) sengaja dipolitikkan Barisan Nasional (BN) bagi menutup kegagalan mereka membawa pembangunan ke Sabah sebelum ini, kata

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, BN gagal membawa pembangunan untuk dikongsikan kepada rakyat Sabah walaupun persekutuan dan negeri itu pernah ditadbir gabungan diketuai Umno itu sejak sekian lama.

“Mereka (BN) kata Warisan ini parti pendatang tanpa izin (PTI), tetapi mereka tidak boleh cerita isu pembangunan, mereka juga tidak boleh cerita isu sekolah, kerana apa, kerana mereka telah perintah 50 tahun (di Sabah) dan mereka gagal.

“Mereka guna (isu) PTI untuk ambil (raih) undi, dan kasi pecah (perpaduan) orang Sabah ...supaya (kita) gaduh sesama orang Sabah,” katanya ketika berkempen di Simpangan baru-baru ini.

Pada September tahun lepas, Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing di Sabah bersetuju mengeluarkan PSS bermula 1 Jun tahun ini.

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pengeluaran PSS, antara lain diharapkan dapat menyelesaikan isu kepelbagaian dokumen serta dapat memudahkan penguatkuasaan serta pemantauan pergerakan warga asing oleh pihak berkuasa kerana ia sah hanya untuk tempoh tertentu dan perlu diperbaharui.

Bagaimanapun, langkah bijak mengawal bukan warganegara itu telah diputar belit seolah-olah ia akan menjejaskan rakyat Sabah sendiri.