Tragedi konvoi pergi Cameron


KEMERIAHAN konvoi sekumpulan penunggang motosikal dari Kuala Lumpur ke Cameron Highlands sempena cuti bertukar tragedi.

Seorang dari mereka maut dilapor maut selepas terbabit kemalangan di Kilometer 5, Jalan Sungai Koyan-Raub berhampiran Lipis siang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 12.45 tengah hari itu, mangsa, Muhammad Zulkarnain Ariffin, 30, dari Cheras, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR dipercayai gagal mengawal motosikalnya di satu laluan berselekoh lalu terbabas dan melanggar tiang elektrik.

Motosikal yang terlibat kemalangan
Mangsa menurutnya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Akibat kejadian, mangsa terjatuh dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Siasatan awal mendapati, mangsa terbabas sendiri dan tidak melibatkan kenderaan lain," katanya Azli.

Difahamkan susulan kemalangan itu, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk proses bedah siasat, manakala kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Post a Comment

0 Comments