JABATAN Imigresen Malaysia tidak mengiktiraf sukarelawan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) yang ditubuhkan bagi memburu pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini.
Menurut Ketua Pengarah Imigresen, Indera Khairul Dzaimee Daud, menegaskan bahawa tugas tersebut adalah tanggungjawab pihak berkuasa dan mana-mana pihak tidak sewenang-wenangnya mengatasi undang-undang dan peraturan sedia ada
“Jabatan Imigresen merujuk kepada laporan media sosial dan kenyataan mengenai penubuhan sukarelawan Putra bagi memburu pelancong asing yang tinggal lebih masa.
“Perlu ditegaskan di sini bahawa membanteras Pati adalah tugas pihak berkuasa berlandaskan undang-undang dan peraturan sedia ada.
“Tiada mana-mana pihak atau pertubuhan diberikan kuasa di bawah undang-undang untuk memburu Pati,” katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, Putra dilapor membuat arahan agar 1,300 sukarelawan di seluruh negara untuk membantu operasi Jabatan Imigresen, selepas tamatnya program Back For Good pada tengah malam 31 Disember ini.
Program Back For Good adalah program pengampunan kepada pendatang tanpa izin yang bermul pada 1 Ogos lalu, di mana mereka perlu mendapatkan dokumen perjalanan dan tiket penerbangan sendiri, dan membayar kompaun sebanyak RM700 kepada Jabatan Imigresen sebelum pulang ke negara asal mereka.
Sementara itu tambah Khairul Dzaimee, orang awam yang ingin membantu Jabatan Imigresen boleh menyaluran maklumat kepada pihaknya.
"Berdasarkan Seksyen 51 Akta Imigresen 1959/63, kuasa untuk menjalankan tangkapan terhad kepada pegawai imigresen, polis dan kastam sahaja.
"Walaubagaimanapun, orang ramai diingatkan agar tidak mengambil tindakan sendiri.," katanya lagi.
putra