Maklumat kekecohan kaum hujung minggu ini palsu - Polis


KHABAR angin bahawa kononya bakal berlaku keadaan kacau bilau perkauman pada hujung minggu ini sah tidak benar.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, pihaknya mengesan penularan beberapa rakaman audio palsu yang mendakwa berlakunya kekecohan itu yang kononnya maklumat itu datang dari Bukit Aman.

"Kita menegaskan bahawa berita tersebut adalah palsu.

"Ia dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan niat untuk menakut-nakutkan orang ramai," katanya dalam satu kenyataan media.

Susulan itu, Mazlan menasihatkan orang ramai menghubungi polis bagi mendapatkan pengesahan terhadap apa-apa berita atau sebarang meragukan.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya menggunakan platform media sosial serta lain-lain rangkaian komunikasi untuk menyebar maklumat dan berita palsu.

"Jangan sesekali berkongsi serta menularkan berita palsu itu kerana ia boleh menjejaskan keharmonian kaum dan kesejahteraan negara," tegasnya.

Post a Comment

0 Comments