PASUKAN lumba tempatan, Yamaha Sepang Racing sekadar menduduki tempat ketujuh perlumbaan sulung FIM Endurance World Championship (EWC) Sepang 8 Hours di Litar Antarabangsa Sepang semalam dengan mencatatkan 5'51:11.394s dengan dua lappings.
Walaupun bermula di petak pertama dan bermula sangat baik, pasukan diterajui Franco Morbidelli, Hafizh Syahrin and Michael van der Mark itu menjadi mangsa percaturan silap pasukan lain.
Ketika Michael van der Mark sedang mendahului perlumbaan, berlaku pertembungan antara juara Superbike dunia itu dengan pelumba TSR Honda, Mike di Meglio sehingga menyebabkan kedua-dua mereka terjatuh.
"Saya tidak apa perlu dikatakan, Ia tindakan bodoh. Ini adalah satu perlumbaan endurance, saya tidak tahu kenapa dia (Meglio) tergesa-gesa." kata van der Mark.
Susulan insiden itu, jentera #21 ditunggang Van der Mark mengalami kerosakan dan terpaksa dibawa masuk ke paddok.
Ketika kembali menyambung perlumbaan selepas pendahulu melakukan 3 pusingan selepas itu, Pasukan Yamaha Sepang Racing berada di kedudukan ke 44 sebelum mereka kembali bekerja keras untuk memperbaiki kedudukan.
![]() |
Peluang pasukan tempatan jadi juara lebur |
Dijadualkan bermula pada pukul 1.00 petang, bagaimanapun ia bermula lewat selama kira-kira dua jam, dan hanya bermula selepas pukul 3.00 petang di belakang kenderaan keselamatan. Namun ia sekali lagi ditangguhkan kerana keadaan hujan sebelum dimulakan semula kira-kira jam 6 petang.
Perlumbaan kali ini juga tidak menyaksikan permulaan ikonik, dimana pelumba terpaksa berlari ke motosikal mereka bagi memulakan perlumbaan.
Sementara itu, Pasukan YART-Yamaha berjaya merangkul gelaran juara dalam kategori tersebut.
Pasukan yang terdiri raipada pelumba Broc Parkes, Karel Hanika dan Niccolo Canepa melintasi garis penamat selepas 80 pusingan dengan jumlah masa yang dicatatkan menjangkau 5 jam 50 minit 03.837 saat.
Pasukan itu berada 1:49.622s di hadapan pasukan Honda Asia-Dream dengan SHOWA, dengan tiga pelumba Asia terbaiknya terdiri daripada pelumba dari Malaysia Mohd Zaqhwan Zaidi, dari Indonesia Andi Farid Izdihar dan dari Thailand Somkiat Chantra, yang mencatatkan kemenangan podium buat kali pertama.
Pasukan BMW MOTORRAD ENDURANCE TEAM dengan hanya dua pelumba Illya Mykhalchyk dan Markus Reiterberger berada di tempat ketiga dengan ketinggalan satu pusingan di belakang.
“Saya amat gembira dengan prestasi, sebab keadaan motosikal juga cukup baik, semuanya nampak mudah, perasaan saya bercampur-baur. Saya ucapkan terima kasih kepada semua pasukan, rakan sepasukan dan merasa amat gembira dengan kerjasama minggu ini,” kata Canepa.
0 Comments