KEADAAN banjir di Johor semakin buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan dilapor semakin meningkat.
Sehingga 11 malam tadi, seramai 3,319 orangtelah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berbanding 2,640 orang pada jam 6 petang tadi.
Berbanding Kota Tinggi dan Mersing, daerah terlibat banjir juga kini turut membabitkan Segamat, Muar, Kulai dan Muar.
Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Johor berkata, sebanyak 49 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka dengan Kluang merekodkan PPS terbanyak dibuka iaitu 22 buah.
Manakala daerah Kota Tinggi 12 PPS, Mersing (10 PPS), Segamat (4 PPS) dan sebuah PPS masing-masing di Kulai dan Muar.
Sementara itu di Pahang, mangsa banjir di Rompin juga dilapor semakin meningkat pagi ini.
Jumlah mangsa terjejas setakat pagi tadi adalah seramai 681 mangsa daripada 176 keluarga berbanding 345 orang melibatkan 92 keluarga, malam tadi.
Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan setakat 7.00 pagi, tiga lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka malam tadi, menjadikan jumlah keseluruhan PPS di sekitar daerah ini kepada sembilan buah.
0 Comments