SEORANG bayi lelaki yang ditemui orang awam di tepi Sungai Chemor disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun semalam disahkan meninggal.
Difahamkan, bayi dikenali sebagai Ah Hung berumur setahun lima bulan yang berketurunan Myanmar itu disyaki lemas.
"Pegawai penyiasat dimaklumkan oleh seorang doktor pakar di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini, semasa kanak-kanak itu tiba kira-kira jam 6.30 petang, dia telah meninggal dunia.
"Doktor juga memaklumkan, tiada sebarang kesan lebam atau kecederaan pada tubuh badannya. Bedah siasat ke atas bayi itu akan dijalankan hari ini bagi mengenal pasti punca kematian," kata Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz dipetik Sinar.
Sehubungan itu ibu bapa mangsa yang merupakan warga Myanmar ditahan bagi membantu siasatan.
"Siasatan awal mendapati semasa kejadian, ibu mangsa berusia 40 tahun sedang memasak di dapur,
"Kanak-kanak malang itu bermain di tepi rumah yang berhampiran sungai dengan jarak kira-kira 50 meter sebelum didapati hilang lima minit kemudian," katanya.
Beliau berkata, ibu mangsa kemudian menghubungi suaminya berusia 28 tahun yang bekerja sebagai pekebun di kawasan berhampiran, sebelum mereka mencari di kawasan kebun namun gagal menemui bayi itu dan meminta majikan mereka mendapatkan bantuan pihak polis.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001," katanya lagi.
0 Comments