LAPORAN sebuah portal yang memetik isu kematian 47 pengguna rokok elektronik (Vape) di Amerika Syarikat dengan tajuk didakwa tidak tepat dikritik warganet.
Berdasarkan komen dalam laporan terjemahan yang diberi tajuk "Vape pembunuh senyap' oleh sebuah portal berita terkenal itu, rata-rata warganet berpandangan ia disiarkan sebagai sebahagian propaganda memburuk-burukan industri vape.
Norfarhan Md Adis dalam komennya berkata, "Lain kali tajuk berita biar lengkap “cecair thc di dalam vape pembunuh senyap” .
"Tajuk nak menyalahkan vape jeh wartawan ni," katanya yang berpandangan tajuk digunakan sangat mengelirukan dan berat sebelah.
Sebagai penjelasan, kes kematian di AS baru-baru ini yang dijadikan asas oleh sesetengah pihak untuk 'menghentam' penggunaan rokok elektronik .
Kes-kes itu sendiri telah disahkan berpunca dari tindakan pengguna yang mencampurkan bahan asing seperti Vitamin E asetat dan Tetrahydrocannabinol (THC) - yang merupakan sebatian dari kanabis kedalam peranti mereka.
Dalam kes yang dirujuk portal itu, penyalahgunaan THC disahkan sendiri mangsa yang dinamakan Gregory Rodriguez.
Berlainan pula dengan budaya penggunaan vape di Malaysia sendiri dimana bahan-bahan seperti itu amat sukar didapati.
"Tajuk tu elok sikit.dia hisap ganja guna vape.bukannya hisap vape+flavour biasa..
"Kene ingat yang orang malaysia ni pemalas.baca tajuk je hentam.dah la pemalas,bodoh pulak tu," komen Amirul Asyraaf Ismail.
Tiada THC dalam cecair M'sia
Di Malaysia, pengusaha cecair vape tempatan disifatkan antara yang paling bertanggungjawab dalam pengeluaran produk mereka.
Berdasarkan komen dalam laporan terjemahan yang diberi tajuk "Vape pembunuh senyap' oleh sebuah portal berita terkenal itu, rata-rata warganet berpandangan ia disiarkan sebagai sebahagian propaganda memburuk-burukan industri vape.
Norfarhan Md Adis dalam komennya berkata, "Lain kali tajuk berita biar lengkap “cecair thc di dalam vape pembunuh senyap” .
"Tajuk nak menyalahkan vape jeh wartawan ni," katanya yang berpandangan tajuk digunakan sangat mengelirukan dan berat sebelah.
![]() |
Kes-kes itu sendiri telah disahkan berpunca dari tindakan pengguna yang mencampurkan bahan asing seperti Vitamin E asetat dan Tetrahydrocannabinol (THC) - yang merupakan sebatian dari kanabis kedalam peranti mereka.
Dalam kes yang dirujuk portal itu, penyalahgunaan THC disahkan sendiri mangsa yang dinamakan Gregory Rodriguez.
![]() |
"Tajuk tu elok sikit.dia hisap ganja guna vape.bukannya hisap vape+flavour biasa..
"Kene ingat yang orang malaysia ni pemalas.baca tajuk je hentam.dah la pemalas,bodoh pulak tu," komen Amirul Asyraaf Ismail.
Tiada THC dalam cecair M'sia
Di Malaysia, pengusaha cecair vape tempatan disifatkan antara yang paling bertanggungjawab dalam pengeluaran produk mereka.
Tanggungjawab mereka telah menjadikan Malaysia kini terkenal sebagai pengeksport cecair vape ke-2 terbesar dunia. Mereka tidak mencampurkan bahan-bahan seperti itu THC dalam penghasilan produk mereka.
Susulan itulah rata-rata warganet beranggapan laporan itu tidak tepat bagi mengambarkan keadaan sebenar industri vape di negara ini.
"Terang2 dia cakap campur ganja leknet. Industri vape dah lama. Sume yg ade kes berkaitan dgn thc. Normal vaping takde masalah la," komen Muhammad Zaki Jaafar.
"Setakat ni tak jumpa lagi flavour (cecair) yg dijual dekat malaysia ade kandungan THC dan ganja," tulis Norehan Maslan.
"Dia isap ganja guna vape. Mostly kes masalah kesihatan di US ialah sebb HTC atau menggunakan ganja dgn vape. Bkn dgn flavour yang malaysia pakai," ulas
Muhamad Khaidir Sidek pula.
Jangan drama jika mahu cukai
Sementara itu, walaupun laporan itu dilihat cuba berlaku adil dengan memasukkan dapatan Public Health England bahawa vape adalah 95 peratus lebih selamat berbanding tembakau tradisional, ia masih tidak memuaskan hati pembaca.
Warganet turut berpendapat laporan portal itu cuba menafikan fakta bahawa penggunaan vape sebagai satu alternatif terbaik meninggalkan tabiat merokok.
"Informasi yang salah tentang vape menyebabkan perokok menganggap e-rokok sebagai alternatif kepada tembakau kononnya sebagai usaha untuk meninggalkan tabiat tidak sihat itu," tulis laporan itu.
Sebelum ini, pengasas produk rokok eletronik terbesar negara Ncig, Sharifuddin Bujang mendedahkan lebih 60,000 penghisap rokok tegar kembali menjalani kehidupan yang sihat sepenuhnya apabila berjaya menghentikan ketagihan kepada rokok melalui produk rokok eletronik.
Hakikat bahawa penggunaan rokok elektronik mampu memhentikan terus tabiat menghisap rokok bertembakau yang mengandungi lebih 4,000 bahan kimia itu turut disahkan rata-rata pengguna rokok elektronik sendiri.
"Dekat malaysia ni vape dah bertapak bertahun lama dah..takde lagi yg mati....kat amerika tu vape diorang campur macam2 tu yg mati...
"kalo nak cukai bagitau jer takyah nk berdrama2...yang dah terang2 bahaya taknak pulak haramkan..," komen Abam Misai yang berpandangan persepsi bahaya vape sengaja diada-adakan pihak tertentu.
Sebagai rekod, pengusaha vape tempatan sebelum ini mengesa kerajaan segera meregulasi penjualan cecair vape di negara ini.
Tindakan kerajaan melengah-lengahkan usaha ke arah itu tegas mereka meletakkan pengusaha vape yang rata-rata merupakan golongan muda Bumiputra dan puluhan ribu individu terlibat dalam industri itu dalam keadaan tidak menentu.
BACA: Jenama vape tempatan, Ncig tutup operasi di Msia
Susulan sikap kerajaan itu, Ncig Malaysia Sdn Bhd, yang merupakan antara pemain besar dunia dalam industri itu telah mengumumkan menutup operasinya di negara ini.
Tindakan itu sekaligus menyebabkan ratusan pekerjanya hilang sumber pendapatan.
Sementara itu tidak kurang ada sebahagian warganet pula berpandangan usaha memburuk-burukkan industri vape didalangi syarikat tembakau dan pengeluar ubat-ubatan sendiri.
"Berapa Philip Morris International bayar ni?...Dari vape,rokok lagi merbahaya," tulis Mohd Affendy Che Arif .
"Wartawan Sinar dengan owner sinar ada bukak farmasi kah? Atau ada syer syarikat rokok? Dok membantai vape sahaja?
"Rokok dan arak tu dah terang apasal tak nak tulis hari2 tentang tinggi risikonya?" tulis seorang natizen dengan nama Mus Rad pula.
Mungkin laporan dibuat portal itu nampak lebih releven jika tajuk digunakan lebih mengambarkan punca sebenar disebalik insiden kematian tersebut.

0 Comments