Pengarah yayasan tak tahu pejabat dimana


YAYASAN Akalbudi yang ditubuhkan pada 1997, tidak pernah mengadakan mesyuarat tahunan atau memaklumkan tentang perbelanjaannya itu selama 15 tahun.

Demikian didedahkan Bekas Pengarah yayasan itu, Zulkifli Senteri, 68, ketika menjadi saksi perbicaraan pecah amanah membabitkan Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi siang tadi.

Tambah Zulkifli, sepanjang 15 tahun memegang jawatan itu sejak 1997 sehingga 2012, beliau juga tidak pernah dijemput menghadiri mesyuarat yayasan berkenaan.

"Sepanjang menjadi pengarah, saya tidak pernah berbincang dengan bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi yang merupakan pengasas yayasan itu tentang perbelanjaan (yayasan) yang hendak dibuat dan telah dibuat.

"Tiada sebarang aktiviti dan mesyuarat yang melibatkan saya selain tidak pernah menerima elaun atau bayaran selama dilantik sebagai pengarah.," katanya ketika membacakan penyataan saksi.

Bukan sekadar tidak mengetahui perbelanjaan yayasan itu,  lebih pelik, Zulkifli juga mengakui tidak mengetahui dimana lokasi sebenar pejabat yayasan diterajui Ahmad Zahid itu.

Media pada tahun lalu mendedahkan bahawa yayasan itu yang sepatutnya beralamat di NO 69E-4, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru seperti dinyatakan dalam rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hanya menemui satu tapak lapang yang kosong.

Tiada bangunan pejabat telah ditemui sehingga membangkitkan persoalan dimana pejabat sebenar yayasan berkenaan.

Sementara itu, Zulkifli yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademik) Universiti Binary berkata, sebagai Pengarah ketika itu, beliau tidak dimaklumkan sumber dana diperolehi yayasan itu, malah tidak tahu jika akaun yayasan itu pernah diaudit.

"Sepanjang tempoh itu juga saya tidak pernah dirujukkan dengan penyata akaun atau penyata kewangan Yayasan Akalbudi," katanya .

Beliau juga berkata Ahmad Zahid mengarahnya meletak jawatan serta merta sebagai pengarah pada 4 April 2012 dan tidak memaklumkan alasan peletakan jawatan itu.

Post a Comment

0 Comments