LELAKI yang terjatuh ke dalam Sungai Golok pada Ahad ditemui lemas berhampiran pangkalan gergaji dekat Rantau Panjang semalam.
Mayat Ahmad Nazri Abd Aziz, 22, ditemui Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan yang melakukan operasi mencari dan menyelamat pada jam 4.10 petang.
Ketua Balai Bomba Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba Imran Ismail berkata, pihak penyelamat menemui mangsa terapung kira-kira 100 meter dari tempat dia dipercayai terjatuh.
"Petang tadi, anggota yang terbabit dalam operasi ini menyedari dan melihat mayat mangsa timbul di permukaan air.
"Kemudian mayat mangsa segera diangkat untuk diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya.," katanya.
Difahamkan, mayat dibawa ke Hopital Pasir Mas (HPM) untuk dibedah siasat.
Terdahulu, Ahmad Nazri dikhuatiri hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Golok.
Kehilangan mangsa disedari selepas selipar mangsa ditemui penduduk di tepi sungai tersebut.
Sementara itu, Imran menasihatkan kepada penduduk terutama mereka yang tinggal di sekitar Sungai Golok supaya lebih berhati-hati berikutan arus sungai yang deras kerana keadaan cuaca sekarang tidak menentu.

0 Comments