SEORANG juruterbang menerima padah kerana sewenangnya membiarkan kekasihnya duduk di dalam kokpit pesawat yang diterbangkannya.
Memetik laporan Daily Mail, juruterbang yang tidak dinamakan itu diharamkan untuk menerbangkan pesawat seumur hidup setelah perbuatannya terbongkar apabila teman wanitanya itu berkongsikan gambar di ruang kokpit pesawat itu.
Kejadian itu terbongkar selepas seorang blogger penerbangan popular di Weibo mengecam perbuatan berkenaan apabila mengongsikan dua gambar dimuat naik seorang penumpang pesawat.
Gambar berkenaan dimuat naik ke media sosial dengan keterangan “Terima kasih kepada kapten. Saya sungguh gembira” lapor Daily Mail.
Dalam satu kenyataan, Air Guilin memohon maaf dan mengesahkan kejadian berlaku ketika penerbangan dari Guilin ke Yangzhou, pada 4 Januari lalu.
Syarikat penerbangan itu juga dilaporkan menarik balik lesen penerbangan juruterbang itu.
Bukan sekadar juruterbang, namun semua krew dalam penerbangan itu turut dikenakan tindakan.
Pembantu juruterbang, pengurus kabin, serta masing-masing seorang pramugari dan pengawal keselamatan dalam penerbangan turut digantung tugas 12 bulan.
Pada masa sama, pengerusi syarikat diberi amaran keras manakala tiga bulan gajinya dipotong, dan pengurus besarnya diturunkan jawatan selain turut dipotong gaji untuk tempoh sama. Tindakan juga diambil terhadap empat eksekutif kanan syarikat.

![]() |
Gambar yang disiar di laman sosial |

0 Comments