Ibu bunuh bayi diarah jalani pemeriksaan mental


DUA
wanita seorang daripadanya merupakan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diarah dihantar ke Hospital Bahagiam Ulu Kinta, Perak untuk pemeriksaan mental.

Majistret Shah Wira Abdul Halim mengeluar arahan itu semasa prosiding di Mahkamah Putrajaya siang tadi membabitkan kes pembunuhan bayi berusia 23 bulan awal bulan ini.

Mengikut kertas pertuduhan, Pegawai Jakim, Nor Aisyah Mohd Yunus, 37 (ibu kepada bayi itu) dan Noor Aisyah Ibrahim, 33, seorang pegawai pendidikan Islam di Kementerian Pendidikan Malaysia didakwa bersama-sama membunuh Muhammad Alfateh Hamdi di sebuah rumah di Jalan P5A/5 Fasa 5R4, Presint 5, Putrajaya, di antara pertengahan bulan Sept 2019 sehingga 4 Nov 2019.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan diambil daripada kedua-dua wanita itu.

Terdahulu, peguam mewakili Nor Aisyah, Najib Zakaria membuat permohonan untuk merujuk wanita itu ke Hospital Bahagia untuk penilaian psikiatri.

Majistret Shah Wira menetapkan 18 Disember ini untuk sebutan kes, manakala Timbalan Pendakwa Raya, Zulaaikha Mohd Apandi tidak mencadangkan jaminan atas alasan kesalahan tidak boleh dijamin.

Sebelum ini, akhbar melaporkan bayi lelaki berkenaan dibawa oleh kedua ibu bapanya ke Hospital Serdang dengan 89 kesan lebam, lecur, luka, calar lama dan baharu di seluruh badan.
 

Post a Comment

0 Comments