Hujan lebat, tiga negeri diberi amaran waspada


PENDUDUK di Kelantan dan Terengganu diingatkan agar sentiasa berwaspada dengan keadaan cuaca.

Terbahru,  Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah mengeluarkan notis amaran cuaca peringkat waspada bagi kedua-dua negeri itu

Dalam satu kenyataan, MET Malaysia mengeluarkan amaran waspada iaitu hujan lebat yang dijangka berlaku di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Marang dan Pasir Puteh bagi negeri di Kelantan.

Sementara di Terengganu, kawasan dijangka terjejas ialah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.

Selain hujan lebat, MET Malaysia turut meramalkan fenomena angin kencang di perairan Kelantan dan Terengganu.

Mereka turut menjangkakan fenomena serupa bakal dialamai perairan Pahang.

Menurut mereka, kelajuan angin boleh mencapai antara 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai 3.5 meter.

“Selain itu, kenaikan paras air laut turut dijangka berlaku berikutan daripada kejadian air pasang dalm tempoh tersebut.

“Kejadian ini boleh mendatangkan risiko limaphan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan terbabit,” menurut kenyataan tersebut.

Post a Comment

0 Comments