14 maut dilanda gempa Albania


SEKURANG
-kurangnya 14 penduduk dilapor maut akibat kejadian gempa bumi berukuran 6.4 magnitud yang melanda Albania pada Selasa.

Menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat, gegaran berukuran 5.1 hingga 5.4 magnitud itu yang berlaku sekitar jam 4 pagi waktu tempatan dan berpusat kira-kira 30 kilometer ke barat laut Tirana.

Selain 14 yang maut, gempa bumi itu dilapor menyebabkan ratusan orang awam cedera.

Sementara itu, jurucakap kementerian pertahanan memaklumkan tiga mayat ditemui dalam bangunan runtuh kira-kira 33 kilometer dari bandar Tirana.

Manakala seorang lagi mangsa maut akibat cubaan menyelamatkan diri apabila melompat keluar dari rumah.

Manakala menurut kementerian kesihatan memaklumkan mangsa yang cedera kini sedang menerima rawatan di tiga pusat perubatan di Durres, Tirana dan Thumane.

Sementara itu Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan tiada amaran tsunami dikeluarkan susulan kejadian itu.
 

Post a Comment

0 Comments