F1: Honda kekal bersama Red Bull hingga 2021


SYARIKAT permotoran Jepun, Honda Komited untuk terus menyokong sukan permotoran tersohor dunia Formula Satu (F1).

Syarikat itu baru-baru ini dilapor telah menyambung kontrak sebagai pembekal enjin kepada pasukan Red Bull sehingga tahun 2021 selepas perbincangan positif bersama lembaga pengarah Honda dan pengasas Red Bull Helmut Marko minggu lalu.

Sementara kontrak pasukan pelumba lain F1 bersama pembekal enjin kenderaan masing masing luput menjelang akhir 2020, hanya Red Bull mencapai rundingan untuk melanjutkan kerjasama bersama Honda.

Bagaimanapun syarikat itu dikatakan masih berunding dengan Red Bull mengenai potensi kerjasama selepas tempoh setahun itu.

F1 kini sedang menuju ke era baharu pada 2021 selepas rundingan dalam peraturan baharu teknikal sedang dirangka pengendali sukan itu,FIA.

Kesemua 20 pasukan F1 sedang dalam proses rundingan bersama F1 untuk membincangkan terma baharu pengkomersialan yang akan menyaksikan semakan semula dalam dana hadiah dan pendapatan konsisten setiap pasukan pada masa akan datang

Tiga pasukan gergasi F1 Ferrari dan Mercedes masih belum menyatakan komitmen rasmi untuk kekal dalam F1 selepas 2020.

Post a Comment

0 Comments