BEKAS Perdana Menteri Jepun, Yasuhiro Nakasone dilapor telah meninggal dunia pada usia 101 tahun, kata seorang pemimpin parti pemerintah negara itu semalam.
Difahamkan, beliau menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 7.22 pagi waktu tempatan di sebuah hospital Tokyo.
Terkenal dengan persahabatannya dengan Presiden Amerika Syarikat, Ronald Reagan. Nakasone merupakan antara perdana menteri paling lama memerintah dinegara itu.
Nakasone, yang berkhidmat di antara 1982 dan 1987 telah berjaya membawa jepun dari era kemusnahan akibat perang.
Negara itu mula menjadi kuasa ekonomi melalui dasar persahabatan "Ron-Yasu" dengan Amerika dan Britain yang dibawanya.
Didalam negara pula, beliau berusaha "menyelesaikan penyelesaian politik pasca perang" debfab memimpin usaha untuk menswastakan syarikat-syarikat milik kerajaan utama, termasuk Keretapi Kebangsaan Jepun.
Selain hubungan baik dengan musuh perangnya, Jepun dibawah pentadbiran Nakasone membina kembali hubungan dengan negara yang pernah dijajahnya, Korea Selatan.
Pada Januari 1983, Nakasone membuat lawatan rasmi pertamanya sebagai Perdana Menteri Jepun ke Korea Selatan.
Beliau yang dianugerahkan pingat tertinggi negara itu - Grand Cordon of the Order of the Chrysanthemum, dilahirkan di Takasaki, Prefektur Gunma, pada 27 Mei 1918.
Perdana Menteri Shinzo Abe menggambarkan Nakasone sebagai orang yang membawa Jepun keluar dari saat-saat kritikal selepas perang.
0 Comments