PIHAK pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat dilapor telah menurunkan penarafan keselamatan udara Malaysia.
Rauters dalam laporan yang memetik empat sumber yang tidak didedahkan identitinya selepas mereka dilarang berkomunikasi dengan pihak media berkata, Malaysia diturunkan ke ketegori 2.
Dengan penarafan yang baru bermakna penerbangan daripada Malaysia tidak dapat memulakan perkidmatan baru dan dihadkan kepada tahap sekarang terhadap setiap perkhidmatan sedia ada ke Amerika Syarikat.
Selain itu, Pesawat dari Malaysia juga difahamkan boleh dikenakan pemeriksaan tambahan di lapangan terbang AS.
Sementara itu, punca mengapa penarafan itu telah diturunkan masih tidak diketahui. Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Malaysia tidak tersedia untuk memberi sebarang ulasan dengan segera.