SUDAH menjadi kebiasaan, rumah pemimpin besar dunia akan dipulihara dan dijadikan bangunan bersejarah atau galeri.
Sebagai contoh, di Malaysia rumah kelahiran perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad di Alor Setar, kedah telah baiki dan dibuka untuk kunjungan pelawat.
Pemuliharaan itu sudah tentu bertujuan untuk memastikan generasi baharu boleh menghayati sejarah dan juga menghargai jasa-jasa pemimpin tersebut.
Namun lainnya kisahnya dengan bangunan tempat kelahiran Adolf Hitler di Austria.
Selama beberapa dekad, kerajaan negara itu terpaksa menyewanya daripada bekas pemiliknya Gerlinde Pommer.
Tindakan menyewa rumah flat itu bagaimanapun bukan untuk dijadikan monumen sejarah, namun bagi memastikan fahaman Nazisme dibawa Hitler tidak dikenang dan dihidupkan kembali.

Dalam perkembangan terbaharu yang sebahagian usaha mengekang pelancong atau pelawat ke rumah berkenaan, kerajaan Austria merancang menjadikannya balai polis.
Menteri Dalam Negeri, Wolfgang Peschorn berkata, keputusan itu adalah isyarat yang tidak dapat disangkal bahawa harta itu tidak akan digunakan untuk memperingati fahaman tersebut.
Sebagai rekod, Hitler telah menghabiskan beberapa minggu pertama dalam hidupnya di sebuah flat di bangunan abad ke-17 di bandar Braunau am Inn.
Kerajaan mengambil alih rumah itu pada 2016 di bawah perintah pembelian wajib, pada harga 810.000 euro (AS$897,0000) setelah pemiliknya menolak semua tawaran kerajaan untuk membeli bangunan itu.