Anomali Taufan Nakri: Pulau Pinang waspada


KERAJAAN
Pulau Pinang mengambil langkah berjaga-jaga susulan badai Taufan Nakri dan Taufan Matmo yang dilapor bakal melanda  Vietnam, Myanmar dan Bangladesh mulai esok.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh berkata, pihaknya kini sedang memantau perkembangan cuaca kerana taufan itu bakal menyebabkan kejadian hujan lebat dan ribut petir melanda negeri itu.

"Kami (Pulau Pinang) berada di tengah-tengah antara Taufan Nakri yang dijangka memberi impak kepada Vietnam pada Sabtu dan boleh menjadi taufan tahap 1 manakala Taufan Matmo pula memberi kesan kepada Myanmar serta Bangladesh esok.

"Kedua-dua taufan itu dijangka mewujudkan anomali (penyimpangan daripada jenis atau bentuk yang biasa) di negeri ini dan siri ribut petir juga dijangka berlaku dari Jumaat (esok) hingga Ahad," katanya dalam kenyataan.

Susulan itu jelasnya, kerajaan negeri telah bekerjasama dengan jabatan berkaitan dan sentiasa dalam keadaan bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Semua pihak terutama pasukan Skuad Khas dan Respon juga telah diletakkan dalam keadaan bersiap sedia termasuk peralatan, kenderaan, logistik serta tenaga manusia.

Post a Comment

0 Comments