LALUAN Cameron Highlands melalui Simpang Pulai dilapor terjejas susulan kejadian tanah runtuh malam tadi.
Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Perak, Abdul Yunus Jamhari berkata, kejadian berlaku jam 12.30 malam.
Kejadian tersebut menyebabkan laluan di Seksyen 31.6, laluan FT18 Jalan Simpang-Cameron Highlands menyebabkan cerun sepanjang 100 meter rosak dengan kedalaman dianggarkan 20 meter.
![]() |
Situasi di kawasan tanah runtuh | Sumber- Google |
"Disebabkan itu, satu lorong arah utara ditutup atas faktor keselamatan dan bagi membolehkan langkah seterusnya dibuat agar kejadian tidak diingini berlaku.
"Kita harap pengguna berwaspada apabila melalui kawasan terbabit apatah lagi jumlah kenderaan bertambah pada hujung minggu," katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.
Sementara itu, tambah Abdul Yunus situasi di tempat kejadian sedang dipantau Jabatan Kerja Raya (JKR) Kinta dan syarikat konsesi Belati Wangsa Sdn Bhd.
Pemasangan Pelan Pengurusan Trafik (TMP) juga menurutnya telah dibuat dan kerja-kerja pembaikan akan dijalankan pihak kontraktor secepat mungkin
0 Comments