SPR tetapkan PRK Tanjung Piai pada 16 November



PILIHAN Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai bakal diadakan pada 16 November ini dengan pengundian awal ditetapkan pada 12 November.

Perkara itu diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu sidang media di Putrajaya sebentar lagi.

Pengerusinya, Azhar Azizan Harun pada sidang media sebaik mesyuarat khas bagi membincangkan tarikh PRK itu turut menetapkan 2 November depan sebagai tarikh bagi penamaan calon.

"Tempoh berkempen ialah 14 hari,” katanya lagi sambil menambah ia bermula selepas pengisytiharan calon sehingga 11.59 malam, 15 November.

Pusat penamaan calon dan penjumlahan rasmi undi telah ditetapkan diDewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Pontian.
Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun
Menurut SPR lagi, pihaknya akan menggunakan Daftar Pemilih Pilihan Raya sehingga suku tahun kedua 2019 yang dikemaskini sehingga 23 Sept 2019 ini.


PRK Tanjung Piai akan diadakan susulan kematian penyandangnya Dr Md Farid Md Rafik dari Pakatan Harapan (HARAPAN) akibat serangan jantung pada 21 September lalu.

Timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu membantu HARAPAN merampas kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei 2018 dengan kelebihan 524 undi.

Sementara itu difahamkan, SPR akan menggunakan Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di Pontian sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi.

PRK kali ini dianggarkan memerlukan peruntukan RM2.67 juta dan seramai 1,019 petugas bagi mengendalikan 28 buah pusat pengundi yang mengandungi 127 saluran mengundi.

Post a Comment

0 Comments