PIHAK berkuasa polis memberi gambaran akan memanggil semula saksi dan suspek terlibat kes kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.
Perkembangan terbahru itu susulan keputusan inkues oleh Mahkamah Koroner pada minggu lalu.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya kini sedang menunggu arahan lanjut untuk tindakan selanjutnya.
“Kita akur dengan keputusan Mahkamah Koroner, kita sedang menunggu arahan lanjut dari Jabatan Peguam Negara, siasatan kes tersebut masih dibuka dan tidak pernah ditutup.
“Suspek yang pernah ditahan sebelum ini mereka pernah ditahan dan sudah dibebaskan dengan jaminan polis, kalau rasa perlu polis juga akan memanggil mereka,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman baru-baru ini.
Jumaat lalu, Mahkamah Koroner memutuskan kematian Adib yang parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, Selangor, tahun lepas adalah akibat perbuatan jenayah.
Susulan itu, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata, polis akan mengambil tindakan sewajarnya untuk menyiasat dan mengenal pasti pihak terbabit dalam kematian Adib.
0 Comments