SCOTLAND menjadi bahagian pertama di Britain yang melarang ibu bapa memukul anak mereka.
Agensi berita China Xinhua dalam laporanya berkata, Undang-undang baru itu mendapat kelulusan ahli Parlimen Scotland di Edinburgh pada Khamis.
Sejumlah 84 ahli Parlimen mengundi menyokong manakala 29 menentang Rang Undang-Undang Perlindungan Kanak-Kanak daripada Serangan.
Terdahulu, undang-undang ini diusulkan bekas pegawai polis John Finnie dari Green Party, ia bertujuan memberikan perlindungan yang sama kepada kanak-kanak daripada keganasan seperti orang dewasa.
Finnie berkata dengan menghapuskan hak ibu bapa untuk memukul anak mereka akan membawa Scotland ke tahap antarabangsa.
“Adalah mengejutkan rakyat kita yang paling kecil dan lemah adalah satu-satunya golongan yang tidak memiliki perlindungan ini dan sekarang adalah masa yang sesuai untuk membetulkan perkara itu. Hukuman fizikal tiada tempat dalam negara Scotland pada abad ke-21.”katanya.
Beliau berkata bukti di peringkat antarabangsa menunjukkan tindakan memukul boleh mendatangkan kesan buruk yang serius terhadap kanak-kanak dan ia tidak berkesan.
Bagaimanapun, parti pembangkang di negara itu bimbang undang-undang baru itu bakal meletakkan ribuan ibu bapa yang ingin mendisiplinkan anak mereka sebagai penjenayah.
Jamie Gillies, dari kumpulan kempen Be Reasonable, memberitahu media di Scotland: “Langkah mencari kaedah untuk perlindungan lanjut kanak-kanak adalah dipuji, namun larangan memukul bukan caranya.”
BBC melaporkan Wales juga bakal memperkenal larangan serupa namun buat masa ini, tiada sebarang rancangan di pihak England atau Ireland Utara untuk mengikutinya.

0 Comments