Permohonan Salleh Keruak bukti KEADILAN parti hebat


KEADILAN merupakan sebuah parti pelbagai kaum yang mempunyai daya penarik dan kekuatan tersendiri.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata begitu sebagai mengulas permohonan bekas Ketua Menteri Sabah, Salleh Said Keruak yang membuat permohonan untuk meenyertai parti itu baru-baru ini.

"Itu (permohonan Said Salleh) menunjukkan KEADILAN ada daya penarik dan kita akan pertimbangkan lagi permohonan dia sebab ada sensitiviti.

"Walaupun Perdana Menteri kata tidak ada masalah dengan lompat parti, ada juga yang merasakan bahawa mungkin kita akan melihat apa (tujuan) di sebalik lompat parti ini," katan Ahli Parlimen Pandan itu ketika ditemui media di lobi Parlimen.

Terdahulu, permohonan Salleh mencetuskan pelbagai pandangan dari ahli parti itu sendiri, sesetengah bimbang penyertaan Salleh akan menjadi beban kepada KEADILAN, manakala yang lain mengganggap penyertaan Salleh akan mengukuhkan lagi Pakatan Harapan (HARAPAN) di Sabah.

Sebagai rekod, Salleh merupakan Ketua Menteri Sabah mulai tahun 1994 hingga 1996.

Beliau kemudian dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Sabah (2010-2015) serta Menteri Komunikasi dan Multimedia (2015 hingga Mei 2018).

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah itu sebelum ini mengemparkan Malaysia Timur apabila membuat pengumuman meninggalka Umno bersama pemimpin dan jentera pada 12 Disember 2018 yang sekaligus menyebabkan Umno di negeri itu lumpuh.

Sementara tambah Dr Wan Azizah yang juga Pengerusi Majlis Penasihat KEADILAN menjelaskan permohnan Salleh masih belum diputuskan kerana ia perlu melalui proses saringan dan pertimbangan parti.

Post a Comment

0 Comments