Penerbit komik propaganda dipanggil Bukit Aman


BEKAS
ahli DAP, Hew Kuan Yau dan dua yang lain dipanggil memberi keterangan di Bukit Aman berhubung penerbitan komik berunsur propaganda.

Ia dipercayai berkait penyebaran komik 'Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama' yang menjadi kontrovesi baru-baru ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang D5 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, mereka dijangka hadir petang ini.

"Dua individu yang dipanggil itu dipercayai mempunyai kaitan dengan penerbitan komik tersebut," katanya.

Terdahulu, komik itu menjadi perhatian ramai apabila didakwa mempunyai unsur mengagung-agungkan parti DAP memburuk-burukkan kerajaan lama.

Komik itu turut memaparkan cerita penyelewengan dana 1MBD oleh bekas perdana menteri, Najib Razak dan rakan sekutunya Jho Loh.

Ia didakwa diedarkan ke sekolah-sekolah dalam tiga bahasa iaitu, Melayu, Cina dan Bahasa Inggeris

Komik itu difahamkan diterbitkan pada April 2019 oleh  diterbitkan Muzium Kebudayaan Asia di Komtar atas kerjasama kolektif 'Superman’ Hew Kuan Yau dan artis komik tempatan Ching Po Ling.

Najib sebelum ini menakwa Muzium Kebudayaan Komik Asia di Komtar dibiayai oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Bagaimanapun, DAP Pulau Pinang menolak dakwaan mempunyai kaitan dengan pengurusan Muzium.

Sebaliknya Ketua Menteri, Chow Kon Yeow mengakui kerajaan negeri hanya memberikan peruntukan bayaran sewa bangunan kerana menggangap ia adalah sebahagian daripada produk pelancongan Pulau Pinang.

Post a Comment

0 Comments