STATUS sebenar keahlian Nasharudin Mat Isa, individu yang dihadapkan ke mahkamah atas tiga pertuduhan penggubahan wang haram dan 30 pertuduhan pecah amanah jenayah akhirnya terjawab.
Naib Presiden parti PAS, Mohd Amar Nik Abdullah akhirnya mengakui bahawa Nasharudin sebenarnya masih seorang ahli parti itu dan bukan seperti didakwa penyokong parti itu sebelum ini.
Memetik Berita Harian, Nik Amar bagaimanapun sudah tidak aktif sebagai ahli selepas kalah dalam satu pemilihan Muktamar.
Terdahulu, Nasharudin yang merupakan bekas Timbalan Presiden PAS ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Nasharudin dituduh melakukan pecah amanah membabitkan nilai RM3.6 juta dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM302,069.60.
BACA: Nasharudin berdepan 33 tuduhan libatkan hampir RM4 juta
Berdasarkan laporan media, difahamkan wang tersebut mungkin sebahagian dana RM90 juta yang didakwa diberikan Umno sebagai balasan untuk PAS memberi sokongan kepada parti komponen BN itu dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 seperti didedahkan Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown sebelum ini.
Sementara itu, merujuk status keahlian Nasharudin selepas penahanan itu, Nik Amar berkata, keahliannya tidak akan digugurkan selagi tiada keputusan berkenaan tuduhan itu oleh mahkamah.
“Dalam kes Nasharudin, beliau baru dituduh dan tidak tahu lagi sama ada beliau bersalah atau tidak. PAS tetap menganggap Nasharudin belum bersalah sehingga dibuktikan oleh mahkamah.
0 Comments