SEORANG Menteri yang sebelum ini ditugaskan merangsang ekonomi dalam negeri meletak jawatan setelah menerima tekanan media susulan satu skandal.
Isshu Sugawara, yang dilantik ke jawatan Menteri Perdagangan Jepun kira-kira sebulan lalu meletak jawatan berikutan dakwaan melanggar undang-undang pilihan raya apabila didakwa memberi hadiah yang dianggap rasuah kepada pengundi di kawasan diwakilinya di Tokyo.
Antara hadiah diberikannya ialah tembikai dan ketam yang mahal serta wang saguhati kematian kepada keluarga penyokong beliau.
![]() |
Isshu Sugawara |
“Saya mengambil tanggungjawab atas pelantikan beliau dan memohon maaf kepada rakyat Jepun atas hasilnya,” Abe memberitahu pemberita di pejabatnya.
Sugawara sebelum ini ditugaskan bagi mengendalikan pertikaian perdagangan dengan negara berjiran, Korea Selatan.
Jepun dan Korea Selatan menemui jalan buntu alam pertikaian perdagangan sejak Tokyo memperketat kawalan eksport bahan yang penting kepada ekonomi pengeluar cip Korea Selatan tahun ini.
Ia kemudiannya menggugurkan Seoul daripada senarai negara yang layak menikmati kemudahan eksport pantas.
Abe dan Perdana Menteri Korea Selatan berjumpa pada Khamis dan bersetuju tentang kepentingan kerjasama dengan Korea Utara dan beberapa isu lain dalam usaha membina semula hubungan di celah-celah pertikaian berhubung sejarah dan perdagangan.
0 Comments