HSBC Holdings dilapor sedang merancang untuk mengurangkan kos operasi mereka.
Namun menurut laporan FMT yang memetik Financial Times, rancangan itu bakal melibatkan pembuangan kira-kira 10,000 orang pekerja mereka.
Agensi kewangan itu yang merupakan salah satu peminjam Eropah yang kini berhadapan peranan semakin mengecil.
Namun menurut laporan FMT yang memetik Financial Times, rancangan itu bakal melibatkan pembuangan kira-kira 10,000 orang pekerja mereka.
Agensi kewangan itu yang merupakan salah satu peminjam Eropah yang kini berhadapan peranan semakin mengecil.
Tambah sumber itu lagi, pengurusan HSBC sebelum ini mempersoalkan bagaimana beberapa bahagian agensi itu di Asia merekodkan pulangan lebih besar berbanding di Eropah yang mempunyai bilangan pekerja lebih ramai.
Pada Ogos lalu, agensi kewangan itu difahamkan telah membuat pengumuman bagi mengurangkan pekerja mereka, pengumuman itu dibuat pada hari sama ketua pegawai eksekutifnya (CEO), John Flint hanya mengetuai bank tersebut selama 18 bulan, berundur,
Ketika Flint masih menerajui bank tersebut April lalu, HSBC mula meneliti kos operasi mereka sehingga menjangkakan pembuangan pekerja membabitkan ratusan pekerja di bahagian pelaburan.
Dalam tempoh singkat Flint sebagai CEO, HSBC berdepan dengan penurunan harga saham, kes seksual berprofil tinggi dan kegagalan mencapai kos sasaran.
Laporan interim menyatakan seramai 238,000 pekerja masih berkhidmat sehingga Jun lalu.
Disebalik dakwaan itu, bagaimanapun HSBC dilapor mahu meneruskan rancangan mengambil lebih 600 pekerja untuk mengembangkan bisnes di Asia menjelang penghujung 2022.
Setengah dari jumlah pekerja itu turut dilapor telah pun diambil bekerja.
0 Comments