Lelaki dikhuatiri tertimbus tanah runtuh


SEORANG lelaki berusia 57 tahun dikhuatiri tertimbus selepas kediamannya di Batu Kurau ditimpa tanah runtuh petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 6.33 petang dan sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Kurau digegaskan ke lokasi.

Sepasukan anggota Bomba dari balai Selama turut berada di lokasi kejadian bagi membantu kerja-kerja menyelamat.

“Maklumat kita terima, berlaku tanah runtuh yang menjejaskan bahagian dapur sebuah rumah.

“Dipercayai terdapat seorang mangsa lelaki Melayu lingkungan 57 tahun tertimbus,” katanya dalam satu kenyataan.

Ketika ini kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dijalankan.

Menyusul



Post a Comment

0 Comments