Timbalan Menteri kena serangan Angin Ahmar


TIMBALAN Menteri Kerja Raya Mohd Anuar Tahir dilapor dikejarkan ke Hospital sebentar tadi selepas mengalami strok.

Menurut pegawai parti Amanah, Anuar kini ditempatkan di wad Hospital Kuala Lumpur dan berada dalam keadaan stabil.

Pegawai tersebut memberitahu, imbasan CT (Computed Tomography) yang dijalankan keatas Ahli Parlimen Temerloh itu menunjukkan Anuar mengalami pendarahan otak.

Namun, doktor memutuskan beliau tidak akan menjalani sebarang pembedahan buat masa sekarang.

Sebagai rekod, Anuar pernah menyandang jawatan-jawatan penting dalam ABIM dan pertubuhan-pertubuhan pelajar dan belia Islam seperti IIFSO yang berpengkalan di Kuwait, WAMY yang beribu pejabat di Riyadh, Arab Saudi.

Beliau merupakan setiausaha agung Amanah.

Strok atau Angin Ahmar mudah menyerang individu yang mengalami hipertensi.

Tekanan darah tinggi merupakan punca utama serangan strok selain mereka yang menghidap penyakit jantung dan diabetes.

Tujuh puluh peratus daripada mangsa serangan strok tidak menyedari diserang penyakit tersebut.
 

Post a Comment

0 Comments