Bimbang keahlian 'last samurai Najib’ jadi beban


PEMIMPIN KEADILAN Sabah mengesa Presiden parti itu agar membuar penilaian dan pertimbangan adil terhadap permohonan bekas pemimpin Umno, Salleh Said Keruak yang mahu menyertai parti itu.

Timbalan Pengerusi KEADILAN Sabah, Mustapha Sakmud berkata, mereka bimbang isu keahlian Salleh akan menjadi liabiliti kepada parti yang dikenali sebagai penggerak reformasi itu.

“Beliau merupakan penyokong kuat Najib Razak sebelum PRU14 menjadi liabiliti dan menyebabkan kekalahan memalukan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Beliau sendiri sebagai bekas menteri komunikasi kalah di Parlimen Kota Belud di tangan pengundi-pengundi terutama generasi muda yang muak dengan peranan utamanya sebagai ‘the last samurai for Najib’,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebagai rekod, Salleh bertanding diatas tiket BN di Parlimen Kota Belut pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Namun dia tewas di tangan sepupunya, Isnaraissah Munirah Majlis yang mewakili Warisan.

BACA:
Belum bincang permohonan Salleh Keruak - Anwar 

Anwar dalam satu kenyataan sebelum ini berkata, KEADILAN belum membincangkan lagi isu bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia ketika era pentadbiran Najib Razak itu.