DUA pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Johor bagi susulan banjir di Johor petang semalam.
Memetik laporan Bernama, hampir 200 terdiri dari 47 keluarga terjejas susulan bencana yang berlaku susulan hujan lebat itu.
Satu dari PPS yang dibuka ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bukit Panjang dekat Pontian, manakala sebuah lagi ialah di SK Kampung Pulai di Gelang Patah, Iskandar Puteri.
Difahamkan, sehingga kini terdapat empat PPS telah dibuka dan sedang beroperasi.
Exco Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor, Tan Chen Choon berkata, 111 orang daripada keseluruhan mangsa merupakan penduduk dari Kampung Parit Basilam, Kampung Maju Jaya dan Kampung Batu 30, Bukit Panjang, Pontian.
Sementara itu, bakinya pula merupakan penduduk Kampung Pulai di Gelang Patah.
“Selain daerah Pontian dan Iskandar Puteri, banjir turut berlaku di daerah Muar dan Batu Pahat namun tiada PPS dibuka.
“Kawasan yang terjejas di Muar ialah Kampung Sari Baru dan Kampung Seri Gelam dan di Batu Pahat (Kampung Jasa Wangi dalam Mukim Linau),” katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Terdahulu, dua PPS dibuka susulan kejadian banjir, ia adalah PPS Kampung Parit Basilam dan Kampung Maju Jaya yang telah pun dibuka sejak Isnin.
0 Comments