GESAAN Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamad Azmin Ali yang mahu Tun Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai Perdana Menteri hingga akhir penggal dianggap sebagai cubaan mengampu.
Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah, Razeef Rakimin berkata, tindakan terbahru Azmin itu mengambarkan niat untuk menghalang Presidennya sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan.
Tindakan itu tegasnya pengkhianatan terhadap apa yang terkandung dalam konsensus dipersetujuai Pakatan Harapan (HARAPAN) sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.
“Azmin dilihat semakin tidak senang duduk akan keadaan terkini apatah lagi ketika peralihan kuasa semakin hampir.
“Kenyataan beliau tidak lain selain cuba ‘menjilat’ Dr Mahathir dan cuba untuk menghalang Anwar untuk menjadi Perdana Menteri," katanya dalam satu kenyataan.

![]() |
Razeef Rakimin |
Razeef yang juga Setiausaha Pemuda HARAPAN Sabah sementara itu turut mempersoalkan apakah Azmin mahu mengheret Dr Mahathir menjadi seorang munafik apabila menyarankan perdana menteri interim itu memungkiri janji yang dilafazkannya bagi memenuhi kemahuan peribadi bekas Menteri Besar Selangor itu.
“Adakah Azmin cuba menjadikan Negarawan Dr Mahathir sebagai seorang munafik?
"Adakah Azmin ingat Dr Mahathir akan mengikut kata-katanya dan merosakkan legasi gemilang Dr Mahathir selepas berjaya menumbangkan kerajaan kleptokrat Barisan Nasional, hanya untuk memenuhi keinginan peribadinya?” soal Razeef.
Gesaan Azmin supaya Dr Mahathir kekal hingga akhir penggal dilihat selari dengan pendirian beberapa pemimpin pembangkang termasuk oleh Presiden PAS.
Azmin sebelum ini dikaitkan dengan rakaman seks songsang. Beliau dinamanakn antara individu yang dikaitkan dengan usaha sabotaj mandat rakyat yang dilapor diketuai pemimpin Umno, Hishammuddin Hussein.
Hishammuddin, yang juga sepupu kepada bekas Perdana Menteri, Najib Razak didakwa mahu mewujudukan sebuah kerajaan baharu melalui 'pintu belakang' tanpa Amanah dan DAP dan mengekang Anwar dari diangkat sebagai Perdana Menteri ke-8 .
Mereka bagaimanapun membuat penafian terhadap dakwaan tersebut.
Sementara itu tambah Razeef, ketika ini negara sangat memerlukan ketokohan Anwar bagi menyambung legasi pentadbiran HARAPAN dan melaksana agenda reformasi membina semula negara.
Namun tegasnya, beliau menjangkakan laluan itu sukar kerana Azmin serta 'orang-orangnya' akan menggandakan serangan dan sabotaj bagi memenuhi cita-cita mereka memastikan Anwar tidak dilantik perdana menteri.

0 Comments